
DJISLAMIK.COM DI MAJLIS AKAD NIKAH DAN RESEPSI ARIFF & AYIEN
Assalamualaikum semua.
Pada Jumaat dan Sabtu lepas (7 & 8 Julai 2017), kami berada di Sentul, Kuala Lumpur bagi meraikan majlis pasangan mempelai
Noor Ariff Safarwan ❤ Ian Ayien Kalbi Segovia
DJ Farid dari Team Central turun padang untuk mengacarakan majlis akad nikah secara semi-formal yang berlangsung pada petang Jumaat.
DJ Suhaimi dari Team Penang pula kami jemput bagi memeriahkan majlis resepsi pasangan mempelai yang diadakan pada hari Sabtu.
Sering berdua ketika bertugas pada kebiasaannya, tapi DJ Suhaimi lebih bertenaga pada hari tersebut dalam menceriakan majlis dengan bantuan 2 orang krew DJISLAMIK.COM
Didoakan rumahtangga Ariff & Ayien diberkati Allah dan dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Amiin.









