
TEAM CENTRAL RAIKAN WALIMAH AFIQAH ❤ UBAI
Pada 14 & 15 Julai 2018 (Sabtu & Ahad) DJISLAMIK.COM meraikan pasangan Afiqah ❤ Ubai di hari bahagia mereka.
Kami berada di Majlis Akad Nikah yang diadakan pada hari Sabtu di rumah pengantin perempuan yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Keesokkannya (Ahad) pula, kami meraikan pasangan pengantin baru ini di Dewan GMI, Bangi bersama dengan DJ Farid. DJ Farid juga bertindak sebagai official MC untuk majlis ini.
Majlis turut diserikan dengan bacaan doa dan selawat live yang diketuai oleh Ustaz Faizan Tajuid , yang dibawakan khas oleh DJISLAMIK.COM. Alhamdulilah, bacaan selawat yang dialunkan Ustaz Faizan disenangi pengunjung majlis. Semoga kita dapat berkerjasama di masa akan datang, in shaa Allah.
Terima kasih juga diucapkan kepada Weddings by Raha dan pihak tuan rumah kerana sudi menjemput DJISLAMIK.COM menjadi penceria majlis. 😊
Buat pasangan Afiqah & Ubai, barakallah diucapkan dan kami mendoakan agar kalian dapat membina keluarga yang sakinah. Amiin. 😊








