inquiry@djislamik.com03- 87334708
FacebookInstagramTwitterYouTubeGoogle+
  • Alunan Firdausi
  • AFEAVRental
  • PA System Masjid
Topbar Menu
DJ Islamik
DJ Islamik
Rasai kelainan majlis dengan hiburan Islami
  • Utama.
  • Mengenai Kami.
  • Kelebihan.
  • Krew.
  • Pakej.
  • Hiburan Islamik.
  • Blog
  • Hubungi.
  • Utama.
  • Mengenai Kami.
  • Kelebihan.
  • Krew.
  • Pakej.
  • Hiburan Islamik.
  • Blog
  • Hubungi.

Sumbangan Alunan Firdausi untuk Palu

November 29, 2018Berita, PengumumanBy Nurhamizah Hamzah

TERIMA KASIH KEPADA CUSTOMER AFE KERANA MENJADIKAN KAMI RELEVAN KEPADA KOMUNITI

Kita dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa negara jiran kita, iaitu bencana tsunami dan gempa bumi yang melanda Palu, Indonesia pada 28 September yang lepas.

Kami di Alunan Firdausi & Group of Services ada menyatakan bahawa 5% daripada sales revenue kami sepanjang bulan Oktober 2018 iaitu RM1500 akan disumbangkan kepada saudara kita di sana melalui NGO MyCare.

Kami menyokong hasrat murni MyCARE dalam usaha membantu dan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan akibat dilanda perang, bencana alam dan juga tiada tempat tinggal.

MyCare juga bergerak aktif di Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga dengan sumbangan kecil kami dalam menyokong usaha MyCare ini, lebih banyak saudara ataupun masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagaimana kita semua.

Terima kasih MyCare kerana telah membuka ruang untuk kami menjalankan tanggungjawab kami atas dasar kemanusiaan. Terima kasih juga buat customer kami yang menjadi asbab kami dapat menyumbang kepada komuniti dan moga ini menjadi satu jalan untuk kita semua mendapat pahala berterusan, Amiin.

Semoga dengan langkah ini, kami diberi peluang untuk membantu lebih ramai masyarakat dan saudara dalam menjalani kehidupan yang akan datang, in Shaa Allah.

 

afeafeavrentalafedjislamikafepasistemalunan firdausialunanfirdausimycare
Related posts
PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI MALAYSIA 2020
September 15, 2020
TEAM UTARA RAIKAN WALIMAH DI GURUN, KEDAH
September 15, 2020
TEAM PERAK RAIKAN WALIMAH KELUARGA ENCIK ABDUL RASHID BUAT KALI KETIGA
September 3, 2020
PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-63
August 29, 2020
DJ Razy Raikan Walimah Di The Perak House
August 25, 2020
RECSAM Hall, Gelugor, Pulau Pinang.
DJ Suhaimi Raikan Walimah Aini Dan Zameer
August 25, 2020
Leave Comment

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

clear formSubmit

Follow Kami di Media Sosial!
DJ Islamik.com Hakcipta Terpelihara 2017. Website Design oleh Dezeek Media