
ALHAMDULILLAH, BARAKALLAH DJ LUQMAN!
Alhamdulillah, salah seorang DJ kami dari DJISLAMIK.COM telah selamat mendirikan rumahtangga dan diraikan pada 21 September 2019 (Sabtu) Ali Grand Hall AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.
DJ Luqman atau Luqman Bin Zaharuddin bersama pasangannya, Siti Nasyrah Binti Abdul Hisam ini telah pun diijabkabulkan pada 17 Ogos yang lalu.
Majlis yang diadakan di sebelah malam itu meriah didatangi tetamu yang hadir bagi meraikan majlis tersebut. Antara saat menarik majlis, ketika upacara memotong kek, sesi deklamasi sajak disampaikan oleh DJ Luqman dalam bahasa Arab.
Antara bait indah yang disampaikan :
لَوْ كاَنَ القَلٔبُ مِلْكِي
Andai hati ini milik aku
لَهَدَيْتُ القَلٔبَ كَهَدِيَّتِي
Nescaya akan ku hadiahkan hatiku untukmu
لَكِنَّ القَلٔب مِلْكُ رَبِّي
Akan tetapi, hatiku milik tuhanku
فَهَلْ يَكْفِيكِ/كَ في الله حُبِّي ؟
Sudikah kau terima jika aku tukarkan hatiku, dengan cintaku pada tuhanku untukmu ?
Barakallah buat DJ Luqman & Siti Nasyrah. Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan agar rumahtangga kalian diberkati Allah dan dilimpahi Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Amiin.
#afedjislamik #djperkahwinan #djluqman #perkahwinan #resepsi #walimatulurus #setiawangsa #kualalumpur #alunanfirdausi #afe






