
DJ FARID CERIAKAN WALIMAH DI KG. SERI CHEEDING, BANTING
Assalamualaikum semua 😊
Masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada anda semua. Semoga tahun ini memberikan anda seribu kebahagiaan in shaa Allah 😄
Pada hari terakhir 2017 (31 Disember) yang lalu, DJ Farid bersama team central DJISLAMIK.COM berada di Kg. Seri Cheeding, Banting bagi menceriakan walimah pasangan
Mohd Tarmizi bersama cinta hatinya, Noramelia ❤️
Alhamdulillah, ini adalah kali kedua DJISLAMIK.COM meraikan walimah di kediaman milik keluarga Mohd Tarmizi. Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana mempercayai servis kami.
Kami ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Tarmizi & Noramelia. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga jannah dan dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin 😊







