
DJ RAZY RAIKAN WALIMAH MOHAMMAD ZAID ❤ NURUL NADIA HAN
Team DJIslamik.com di Perak memeriahkan majlis walimatul urus untuk pasangan dua sejoli Mohammad Zaid Bin Zainal Abidin dan pasangannya Nurul Nadia Han Bt Mohd Fauzan pada 8 Disember 2018.
Majlis yang berlangsung di Fasa 2H, Seri Manjung, Perak ini diraikan dengan penuh meriah dan keceriaan gurau senda dan ukhwah jiran tetangga yang turut sama-sama hadir bergotong-royong menjayakan majlis.
Kami doakan semoga pasangan ini dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. 😊
TEAM DJISLAMIK.COM UTARA RAIKAN WALIMAH DI BUKIT MERTAJAM
Pada 8 Disember 2018, team DJ Islamik Utara telah berpeluang meraikan majlis walimatul urus di antara pasangan Siti Afifah Bt Hj Abu Bakar dan Mohd Najmi Bin Hj Mohd Pauzi.
Majlis dimulakan dengan Majlis Tahlil pada jam 11 pagi.
Kedua-dua pasangan adalah Doktor Gigi (Dentist) dan majlis pada hari ini dibuat serentak bagi pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Majlis yang diadakan di BM City Hall, Bukit Mertajam ini meriah dengan kehadiran para tetamu daripada kedua belah pihak, dan lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan daripada Klinik Kesihatan Mak Mandin. 😊😀
Kami mendoakan semoga baitul muslim yang dibina ini akan terus mekar hingga ke Syurga Allah. Ameen Ya Rabb.
Barakallahulakuma wajama’a bainakuma fikhair. 😉😉
Terima kasih kepada photographer rasmi majlis Ibrahimkhalil Bajunid Omar













