
DJ SUHAIMI RAIKAN DUA PASANGAN DI SEREMBAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 😊
Pada 10 Mac 2018 (22 Jamadil Akhir 1439H), DJ Suhaimi bersama dengan Team Central DJISLAMIK.COM berada di Astana Zemi, Seremban, Negeri Sembilan bagi meraikan dua pasangan iaitu
Zharif ❤️ Azimah
dan
Syafiq ❤️ Naajihah
Untuk walimah kali ini, DJ Suhaimi direquest secara khas dari Utara untuk memeriahkan majlis ini. Syafiq iaitu salah seorang pengantin lelaki merupakan kenalan kepada DJ Suhaimi ini.
Alhamdulillah, selain menjadi penceria majlis , dapat juga bertemu sahabat-handai yang menjadi tetamu di walimah ini.
Barakallahulakuma diucapkan kepada pasangan Zharif & Azimah dan Syafiq & Naajihah. Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan agar rumahtangga kalian dilimpahi mawaddah, sakinah wa rahmah. Amiin 😊









