
TEAM CENTRAL RAIKAN WALIMAH SAFWAN & RASYIQAH
Alhamdulillah, kita sudah pun masuk ke bulan terakhir di tahun 2019. Pada hari pertama di bulan Disember (1 Disember 2019), team Central DJISLAMIK.COM bersama dengan DJ Luqman berada di Dewan Seri Sarjana, UNITEN bagi meraikan pasangan
Ahmad Safwan ❤ Nur Rasyiqah
Majlis yang diadakan ini meriah dengan kehadiran tetamu yang datang meraikan pasangan ini. Pihak tuan rumah merupakan existing client yang sebelum ini pernah mengambil servis kami. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada DJISLAMIK.COM untuk sekali lagi mengendalikan majlis ini. 😊
Buat pasangan Ahmad Safwan dan Nur Rasyiqah, kami mendoakan agar rumahtangga yang dibina ini berkekalan hingga Jannah dan dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin…
“Rasai Kelainan Majlis Anda Dengan Hiburan Islami”










