
TEAM UTARA RAIKAN WALIMAH UMMU KULSUM ❤ MUHAMAD HAFIZNUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊
Pada 3 Mac 2018 bersamaan dengan 15 Jamadil Akhir 1439H, DJ Suhaimi dari Team Utara DJISLAMIK.COM berada di Dewan PDRM, Sg. Dua, Pulau Pinang bagi meraikan majlis walimatul urus antara pasangan
Ummu Kulsum Binti Muhammad Firdaus ❤ Muhamad Hafiznur Bin Asmady
Alhamdulillah, majlis dimeriahkan lagi dengan kejutan hari lahir ayah pengantin perempuan yang ke-54. Kejutan hari lahir ini dirancang sendiri oleh pengantin perempuan dan adik beradiknya yang berlangsung pada jam 4 petang.
Sewaktu kejutan, ucapan hari lahir buat ayah tercinta dilakukan oleh anak yang ke-12 iaitu Muhammad Talha yang berumur 9 tahun. Kejutan hari lahir ini turut diringi dengan lagu “Allah Selamatkan Kamu” daripada kumpulan Aeman.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kami mendoakan agar keluarga ini sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Amiin 😊
#afedjislamik #djislamik #djperkahwinan #djsuhaimi #sgdua #pulaupinang #perkahwinan #walimatulurus #resepsi #alunanfirdausi #afe