DJ FARID RAIKAN WALIMAH AIMAN ❤ NUR AKMAL
Alhamdulillah, pada 1 Disember 2018 bersamaan dengan 23 Rabiul Awal 1440H Team Central DJISLAMIK.COM menceriakan walimah pasangan
Aiman Hafidz Bin Hj Rusman ❤ Siti Nur Akmal Binti Hj Ghazali
Bersama dengan DJ Farid, pasangan ini diraikan di Dewan Seri Cempaka MKPJ, Saujana Impian, Kajang.
Walimah ini juga turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Zeyad.
Barakallahulakuma buat pasangan Aiman dan Akmal, semoga rumahtangga yang dibina ini dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. in shaa Allah. 😊
DJ SUHAIMI RAIKAN WALIMAH DI BANGI
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Pada 2 Disember 2018 (Ahad) bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1440H, team DJISLAMIK.COM Central meraikan pasangan Faris Shahin bin Shahidan dan Nur Hasshimaa bt Haslan di Tasik Cempaka Villa, Bangi.
Bersama dengan DJ Suhaimi Ramli dari Team Utara, majlis dimulakan pada jam 11 pagi, dan hidangan istimewa disediakan oleh pihak Felda D’Saji (Official) Catering.
Majlis juga turut diberkati dengan bacaan doa oleh Prof Madya Dr Faisal.
Barakallahulakuma buat kedua pasangan pengantin, Faris Shahin dan pilihan hatinya Nur Hasshimaa. Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan agar rumahtangga kalian dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin..
DJ FARID CERIAKAN WALIMATULURUS SATHULLAH ❤ DURATUL AIN
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Pada 2 Disember 2018 (Ahad) bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1440H, team DJISLAMIK.COM Central berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2, Petaling Jaya bagi meraikan Sathullah Bin Ashraf Ali dan juga pasangannya, Duratul Ain binti Jalaluddin.
Bermula pada 11 pagi, majlis ini diceriakan oleh DJ Farid.
Barakallahulakuma buat kedua pasangan pengantin, Sathullah dan Duratul Ain. Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan agar rumahtangga kalian dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin 😊

















