PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI MALAYSIA 2020

DJ FARID CERIAKAN WALIMAH DI BATU CAVES
Pada 20 Januari 2017 (Sabtu), DJ Farid bersama Team Central DJISLAMIK.COM berada di Batu Caves, Selangor bagi meraikan majlis perkahwinan putera kepada pasangan En Abd Wahab dan Puan Asmah iaitu
Muhammad Azmil Hakim dan cinta hatinya Nur Mizan Qistina ❤️
Majlis yang berlangsung di Taman Pinggiran Batu Caves ini disambut meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir bagi meraikan pasangan pengantin.
Alhamdulillah, ini adalah kali kedua kami menceriakan walimah keluarga ini. Yang pertama adalah walimah abg kepada pengantin lelaki. Uniknya, ada persamaan antara pengantin dan DJ kami (DJ Farid)! Kedua-duanya adalah generasi kedua Chinese. Ibu pengantin merupakan bangsa Cina. Sebab itu, sepetnya sama.. 😊
Tuan rumah juga ada maklumkan, “In shaa Allah Farid, saya ada dua orang lagi anak..” Terima kasih di atas kepercayaan kepada tuan rumah kepada DJISLAMIK.COM sebagai penceria walimah.
Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan agar rumahtangga yang dibina berkekalan dan semoga pasangan Azmil Hakim & Nur Mizan Qistina peroleh sakinah, mawaddah wa rahmah. In shaa Allah 😊
Related posts







