
DJ SUHAIMI RAIKAN 3 MAJLIS SEKALIGUS
Pada 19 dan 20 Januari 2018 (Jumaat dan Sabtu) bersamaan 2 dan 3 Jamadil Awal 1439H, DJ Suhaimi dari Team Penang DJISLAMIK.COM meraikan 3 majlis sekaligus.
Majlis pertama iaitu majlis akad nikah antara pasangan Mohd Rahimie ❤️ Norun Salehah
Alhamdulillah, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat.
Pada sebelah malamnya pula, berlangsungnya majlis aqiqah
Annur Aisyah bt Azham & Adil Ailin bt Mohd Izham.
Pada hari Sabtu pula, walimah Mohd Rahimie ❤️ Norun Salehah diraikan di Parit Ban 1 3/4, Sekinchan, Selangor.
Ketiga-tiga majlis ini berlangsung di kediaman yang sama. Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana memilih DJISLAMIK.COM bagi menceriakan majlis yang penuh bermakna ini..
Didoakan agar pasangan Mohd Rahimie dan Norun Salehah mendapat rumahtangga yang dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin 😊









