
DJ SUHAIMI RAIKAN WALIMATUL URUS SYED IZMUHAR ❤ SHARIFAH NADHIRAH
Alhamdulillah, pada 14 April 2019 (Ahad) Team Utara DJISLAMIK.COM bersama dengan DJ Suhaimi berada di Dewan TH Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi meraikan majlis perkahwinan pasangan
Syed Izmuhar bin Syed Idrus Al-Seggaf ❤ Sharifah Nadhirah Bt Syed Ahmad Al-Habshi
Sepanjang majlis, DJISLAMIK.COM digandingkan bersama En Yussof, yang merupakan pesara staf pejabat SUK Penang dan juruacara rasmi program rasmi kerajaan negeri.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Hj Abdul Rahman Bin Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow serta isteri.
Membawa tema “Under Water”, hiasan lampu biru yang bergemerlapan menambahkan lagi seri majlis ini. Majlis perkahwinan ini adalah kerjasama buat kali ketiga bersama dengan Red Songket Events. Terima kasih kepada Red Songket Event kerana memberi kepercayaan kepada DJISLAMIK.COM menceriakan majlis ini.
Kami doakan supaya pasangan Syed Izmuhar dan juga Sharifah Nadhirah peroleh sakinah, mawaddah wa rahmah dalam rumahtangga mereka. Amiin.. 😊