
TEAM CENTRAL RAIKAN WALIMAH DI EVERLY HOTEL

Pada 15 Disember 2019 (Ahad) lepas, DJISLAMIK.COM bersiaran dari Mesmera Ballroom, Everly Hotel bagi meraikan walimatulurus pasangan
Nur Zafirah Binti Zahari ❤ Muhammad Syazwan Bin Zainal Abidin
Diceriakan oleh DJ Luqman, majlis yang bermula dari 11 pagi sehingga 4 petang ini meriah dihadiri oleh tetamu yang datang, terdiri daripada kenalan dan juga sanak saudara. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan gamelan ketika majlis.
Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana sudi menjemput team DJISLAMIK.COM sekali lagi bagi memeriahkan majlis. Terima kasih juga di atas feedback yang diberikan kepada DJ Team Central kami, DJ Luqman. Jika pihak tuan rumah gembira dengan servis yang diberikan, kami di DJISLAMIK.COM lagi gembira. 😊

Tidak dilupakan, Barakallahulakuma kami ucapkan kepada pasangan mempelai, Zafirah dan Syazwan di atas perkahwinan ini. Semoga rumahtangga yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah inshaaAllah. 😊
“Rasai Kelainan Majlis Anda Dengan Hiburan Islami”








