
TEAM UTARA DJISLAMIK.COM RAIKAN WALIMAH AMIRA DAN FADZLI
Edisi 14 Disember 2019 (Sabtu), Team Utara DJISLAMIK.COM menguruskan majlis walimatul urus Amira Ahmad dan pasangannya Fadzli Mohd Darus di Dewan Serbaguna Taman Pauh, Pulau Pinang.
Bersama dengan DJ Suhaimi, majlis berjalan lancar dengan kehadiran para tetamu dan ahli keluarga bagi pihak lelaki yang datang daripada Batu Gajah, Perak.
Paling istimewa adalah tarikh 14 Disember adalah tarikh kelahiran yang sama bagi 4 orang iaitu
🌹 pengantin sendiri,
🌹 juga tarikh lahir bagi kembar pengantin; Amir,
🌹 ibu pengantin perempuan iaitu Pn Norhashimah dan
🌹 ibu pengantin lelaki iaitu Pn Sariah
Jadi majlis yang diadakan ini mempunyai acara istimewa iaitu majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang diadakan pada jam 3 petang dengan acara memotong kek bersama-sama dan sesi menyuap kek antara satu sama lain. MasyaAllah, hebat aturan Allah bagi keluarga ini. 💖💖
Kami daripada team djislamik.com mendoakan, moga-moga Baitul Muslim yang dibina antara pasangan Amira dan Fadzli sentiasa di atas keberkatanNya, dikurniakan rumah tangga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Ameen Ya Rabb!
“Rasai Kelainan Majlis Anda Dengan Hiburan Islami”








