
Alhamdulillah, Sabtu lepas (15 Februari 2020) Team Utara DJISLAMIK.COM diberikan kepercayaan untuk mengendalikan majlis untuk dua pasangan pengantin di Dewan Serbaguna Pendang.
Muhammad Fakhri x Wan Radiatuladawiyah
dan
Dr Fatin Farhani x Mohd Hanapi
Terima kasih kepada abang pengantin Abg Ngah Sdr Faii Ruzz kerana sudi menjemput team kami untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan sempoi. 😁😁
Majlis memang meriah, tetamu tak putus sehingga jam 4.30 petang. Kerana ini adalah majlis terakhir bagi keluarga ini. Semua adik beradik dah selesai bernikah. 😊😊
Rombongan keluarga Wan Radiatuladawiyah daripada Bachok, Kelantan manakala keluarga Mohd Hanapi pula daripada Nilai, Negeri Sembilan.
Tahniah kepada Tuan Hj Jafar dan Pn Hjh Khodijah menerima menantu ketiga dan keempat. 🥰🥰
Majlis juga diserikan dengan persembahan istimewa oleh Dr Safwan, merupakan seorang Pegawai Perubatan di Jabatan Anaesthesia, Hospital Sultanah Bahiyah yang mempersembahkan dua buah lagu menerusi gesekan biola. Wow, sejujurnya pertama kali kami mendengar biola dimainkan secara live! 😆😆
Kami di DJISLAMIK.COM mendoakan Sakinah, Mawaddah dan Rahmah bagi rumahtangga kedua pasangan ini.
“Rasai Kelainan Majlis Anda Dengan Hiburan Islami”
#afedjislamik #djislamik #djsuhaimi #djperkahwinan #perkahwinan #resepsi #walimatulurus #pendang #kedah #alunanfirdausi #afe











